Jan 13, 2011

MAKSIAT HATI

 

1. Buruk sangka terhadap Allah SWT.


2. Merasa aman daripada kemurkaan Allah SWT.


3. Putus asa dengan rahmat Allah SWT.


4. Bersifat takabbur sesama manusia.


5. Riak atau melakukan kebajikan dengan tujuan bermegah-megah.


6. Ujub atau berbangga dengan amal ibadat yang dilakukan.


7. Dengki dan dendam.


8. Berazam mengekali ibadat atau berazam sentiasa hidup dalam keadaan maksiat.


9. Sayang mengeluarkan harta untuk nafqah dan zakat.


10. Buruk sangka sesama manusia..


11. Menghina manusia lain tanpa kebenaran syarak.


12. Memberi sumbangan dan terlibat dalam perkara maksiat

Jan 12, 2011

APA PERANAN KITA SEBAGAI ORANG ISLAM!!!!~

"KEJAYAAN" NEGARA ISLAM...MALAYSIANov 14, '10 1:50 PM
for everyone
(INI BUKAN POLITIK!)

 Dipetik Dari :facebooke Ad-Dien

Bismillahirahmannirahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang...
Segala Puji Hanyalah Kepada Allah...
Pemelihara Seluruh Alam Maya....


Ku Melihat,Ku Berfikir...Ku Menulis (Dengan Izin Allah)
Tapi Kata2 Seorang Yang Tidak Mempunyai Pangkat Ataupun Harta...Seperti Jeritan Seekor Semut Memanggil Sang Gajah...


Kita Hanya Mampu Berkata2...Tapi Pihak Pemerintah Yang Sepatutnya/Sewajarnya Berfikir Mengunakan AKAL dan HATI Yang ALLAH Kurniakan.....


Ku Melihat...Negara Yang Ku Cintai Ini..Yang Dihuni Berbilang Bangsa Dan Etnik..
Kebebasan Beragama Juga Menjadikan Negara Ini MENARIK Dengan SIKAP Tolenransi Sesama Insan.....
Ku Melihat....Kejayaan Demi Kejayaan....Daripada Saudara2 Seagamaku Dan Juga Kejayaan Orang2 Bukan Islam Di Dalam Negara Ini.


Antara Kejayaan Umat2 Islam Di Negara Ini Adalah
  • Peperangan Politik Yang Tidak Diketahui Sampai Bilakah Kesudahannya...
  • Pembuangan Anak Merata2...Stastik Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Setiap Tahun Semakin Meningkat...
  • (Rata2nya Adalah Remaja2 Islam)
  • Ramai Saudaraku Menghuni Pusat2 Pemulihan(Kerana Dadah)
  • Penubuhan Sekolah Harapan Untuk Melindungi Remaja2 Yang Sudah Telanjur
  • Dan Tak Ketinggalan Daripada Drama Melayu Yang Penuh Unsur Hantu Dan Syaitan Yang Penuh Dengan Unsur2 Tahyul.Mendedahkan Aurat...,Dan Penghasilan Filem Superhero MelayuTokekman(Sedankan Tokek Itu Wajar Dibunuh)
  • Kemunculan Kumpulan Wanita ISLAM Yang Kononnya Ingin Memperjuangkan Nasib Kaum Hawa (SIS)
Sungguh Membanggakan  Kejayaan Demi Kejayaan Ini...

Mari Kita Bandingkan Dengan Kejayaan Orang2 Bukan Islam Di Dalam Negara Ini....
  • Kemunculan IFC Yang Jelas Dan Nyata Mencabar Islam Mengunakan Undang2 Barat(Hak Kebebasan Beragama)
  • Terbinannya Patung2 Budha Berdiri,Baring,Duduk Yang Dikatakan Tebesar Di Asia...
  • Pembinaan Gereja Untuk Golongan Gay....

DAN TERBARU......
(Tahun 2008)

Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina (Pembinaan Bermula Sekitar Mei 2008 )di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang.


Alamat Asal Kumpulan Church IniGereja Calvary Malaysia, beralamat di Calvary Church, 2 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. tel. (603) 7728 6000 | fax. (603) 7728 8037 |Menurut sejarah Calvary Church, pada tahun 1968, hanya terdapat 168 orang pengikut sahaja. Pada tahun 2008, jumlah itu telah meningkat kepada 10,200 orang. Mampukah umat Islam menghadapi cabaran dari CCC ini?
INSYALLAH


Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan(Signbord Berwarna Biru)gereja ini ditulis “Adanya Harapan”, “There Is Hope”. Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik? Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia. Patutlah ada usaha dari pihak-pihak tertentu untuk menggunakan nama Allah SWT dalam Herald Catholic. Rupa-rupanya ianya adalah sebahagian daripada persediaan umat missionary tersirat CCC ini.


Harapan Untuk Apa ?Adakah Kepercayaan Bahawa 2012 Adalah Kiamat Seperti Mana Dakwaan Orang2 Kafir ??

Dibinannya Pusat Perlindungan@Gereja Sebegini Khas Untuk Golongan Mereka..

Gereja@Pusat Perlindungan Kerana Mereka Percaya Pada Ramalan 2012 Dimana Kemunculan Planet Nibiru........Planet ini dinamakan dengan pelbagai nama antaranya Planet X, Nibiru, Red Giant, Destroyer (nama diberikan oleh orang zaman kuno) etc. Whatever it is, ia pasti akan membawa bala besar kepada bumi dan planet-planet berdekatan kerana ia telah dibuktikan bahawa ia pernah melalui sistem kita ini dan ia akan ‘flyby’ atau melintas selang 3600 tahun. Ia dipercayai telah menyebabkan banjir besar pada Zaman Nabi Noh, berlakunya Ice Age dan menenggelamkan Atlantis!WAllahu'alam...Sesungguhnya Urusan Kiamat Itu Hanya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui....

Tinggalkan Dahulu Cerita Pusat Perlindungan (Kapal Nabi NUH)
Kerana Lebih Ramai Yang Menentang Pembinaan Bangunan Ini Kerana Tidak Mahu YANG "BESAR" Bertapak Di Atas Negara Ini..

Sungguh Membanggakan Bukan...Melihat Perkembangan Demi Perkembangan Di Dalam Negara Yang Ku Cintai Ini....
Berdasarkan Isu Baru Ini..Diharap Sahabat2 Sekalin Janganlah Mudah Melatah....
Tapi Renungkan......Di Saat Kita Hendak Bangkit Menghalang Pembinaan Ini...
Sudahkah Masjid2 Berhampiran Kita Makmurkan ?
Sudahkah Masjid Kita Penuhkan....
Sudahkah Akidah Dan Iman Kita Diperkuatkan....
Sudahkah Kita Menjadi Sebenar-Benar Muslim..
Sudahkah Anggota Keluarga Kita FAHAMkan Ajaran Islam Yang Sebenar ?
Sudahkah Sahabat2 Sekeliling Kita Kita FAHAMKAN Ajaran Islam Yang Sebenar ?

Renungkan.....Pula Sikap2 Orang2 Islam Luar Negara...
Berkat Kesabaran Mereka..Satu Persatu Gereja Berjaya Dijadikan Masjid...
InsyaAllah...Seperti Di Luar Negara...Sudah Banyak Gereja Yang Berjaya Dibeli Saudara2 Seakidah Untuk Dijadikan MASJID...
Jadi Pembinaan BESAR Ini..
InsyaAllah..Ada Hikmahnya Pada Kita.....

Visi kebebasan beragama merupakan hal yang sangat jelas dalam ajaran Islam (Q.S. al-Baqarah: 256, al-Maidah: 48). Manusia bebas untuk memiliki keyakinan apapun yang dipilihnya. Tidak seorangpun berhak untuk menghina keyakinan orang lain, atau mengutuk, menuntut, dan menghukumnya.
Firman ALLAH
“Tidak ada paksaan dalam beragama; Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat” (Q.S. Al-Baqarah : 256)

Comel Kan Bangunan Nie...
Jom Lihat Lebih Dekat...Bagaimana Unsur2 Firaun Ataupun Lambang Ilmu Kabalah(Ilmu Sihir Yahudi Dibangunkan Tanpa Disedari)


gereja Moden
perhatikan betul-betul...ia menyerupai??
menyerupai iNI!!!!

credit  BADAR kpd Ad-Dien
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...
Tak perlu minta izin yer...
Sebarkan kepada semua di luar sana...
Syukran...

Jan 11, 2011

Hadis Maudhu'

. 
DEFINISI HADITH MAUDHU’:
Hadith yang diada-adakan terhadap nabi baik berupa perkataan, perbuatan, pengiktirafan mahupun lain-lainnya dengan sengaja.

CARA-CARA PEMBUATAN HADITH MAUDHU’:
1)      Perawi membuat sesuatu perkataan daripada dirinya sendiri.
2)      Perawi mengambil perkataan orang lain.

SEBAB-SEBAB YANG MENDORONG PEMBUATAN HADITH MAUDHU’:
1)      Menimbulkan kekacauan dalam agama islam.
2)      Tidak tahu tentang hal-ehwal hadith.
3)      Untuk membela kebenaran kefahamannya.
4)      Untuk memperoleh kekayaan.
5)      Mengikuti kehendak pembesar-pembesar supaya dapat mendampingi mereka.
6)      Untuk menarik perhatian orang.
HUKUM MERIWAYATKAN HADITH MAUDHU’:
            Meriwayatkan hadith maudhu’ secara mutlaknya adalah haram bagi orang yang mengetahui bahawa hadith tersebut maudhu’, kecuali jika disertai penjelasan tentang kepalsuannya. Oleh kerana itu
1)      Jika tidak mengetahui bahawa hadith itu maudhu’ dan secara tidak sengaja meriwayatkannya  maka tidaklah berdosa.
2)      Meriwayatkannya dengan tujuan mengingatkan orang bahawa ini adalah hadith palsu, maka tidaklah berdosa.

ISTILAH-ISTILAH DIGUNAKAN UNTUK HADITH MAUDHU’
1)      لا أصل له           : tidak ada asalnya
2)      لا يوجد له أصل    : tidak terdapat asal hadith ini
3)      لم أقف عليه          : saya tidak dapati hadith ini
4)      لم يعلم من أخرجه : tidak diketahui siapa yang mengeluarkan hadith ini

MENGENALI TANDA-TANDA PEMALSUAN HADITH
Terdapat beberapa tanda-tanda pemalsuan hadith dan pembohongan perawi-perawi diterangkan dalam kitab العجالة النافعة oleh muhaddith hindi Syah Abdul Aziz Bin Syah Waliyullah Al-Dahlawi:
1)      Dengan pengakuan perawinya itu sendiri, seperti pengakuan dibuat oleh  Abu ismah Nuh bin Abi Maryam yang mengaku memalsukan hadith-hadith berkenaan dengan kelebihan membaca Al-Quran.
2)      Dengan tanda-tanda yang didapati daripada diri keadaan perawi itu sendiri, seperti hanya:
a)      Ingin memuaskan hati sebahagian para pembesarnya dalam berdusta.
b)      Ingin menarik perhatian terhadap mereka (perawi).
c)      Ingin mencari dunia melalui menjual agama.
3)      Dengan tanda-tanda yang didapati daripada yang diriwayatnya seperti buruk susunan dan pengertiannya.
4)      Menyalahi dengan sebahagian keterangan Al-Quran, Hadith Mutawatir, Ijma’ Qat’ie{muktamad} atau dengan akal yang sejahtera.
5)      Perawi menyalahi dalam riwayatnya dengan sejarah yang masyhur.
Contoh:
a)      Berkata seseorang mengenai peperangan Siffin pada tahun 33H bahawa Abdullah bin Mas’ud berkata …….., “sedangkan Abdullah bin Mas’ud wafat sebelum peperangan Siffin pada zaman pemerintahan Uthman (R.A).
b)      Mua’wiyah (R.A) menumpahkan darah orang ramai semasa beliau melarikan diri daripada peperangan Jamal, sedangkan peperangan itu berakhir dengan secara damai. Jenis maudhu’ seperti ini dapat dikesan dengan mudah.
6)      Perawi adalah seorang rafedhi. Dia akan meriwayatkan hadith mengenai mencaci sahabat.
7)      Perawi adalah seorang nasebi. Dia akan meriwayatkan hadith mengenai mencaci keluarga nabi. Teruskanlah kiasan demikian itu.
8)      Perawi meriwayatkan hadith mengenai satu perkara yang wajib mengetahuinya dan beramal dengannya padahal dia menjadi tunggal meriwayatkan hadith itu, hanya ini adalah satu pendekatan yang amat ketara mengenai rawi itu pembohong atau pemalsu hadith.
9)      Perkara yang diriwayatkan oleh perawi bersalah-salahan dengan tuntutan agama dan akal. Dan juga dasar-dasar agama menyalahkannya seperti riwayat:
“لا تأكلوا البطيخ حتى تذبحوه”   
“Janganlah kamu makan buah tembikai sehinggakan kamu menyembelihinya”
10)  Dinyatakan dalam riwayat mengenai ancaman yang bersangatan terhadap dosa kecil atau janji pahala amat besar terhadap sedikit amalan yang baik, seperti:
a)      Menyebut pahala haji dan umrah bagi amalan yang terlalu sedikit.
b)      Barangsiapa sembahyang sunat dua raka’at, maka ia akan diberi 70, 000 buah rumah, pada setiap rumah ada 70, 000 katil. Di atas tiap-tiap satu katil berada 70, 000 anak dara. Maka hadith-hadith yang datang seperti cara-cara tersebut samada mengenai pahala dan dosa kesemuanya dianggap hadith maudhu’.

HADITH MAUDHU’ DITOLAK BULAT-BULAT WALAUPUN NIAT PEMALSU HADITH ITU AMAT BAIK.

            Perawi membuat keputusan untuk mereka-reka hadith dengan tujuan amat baik seperti berlaku dengan Abu Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mengada-ngadakan hadith berkenaan kelebihan-kelebihan tiap-tiap surah Al-Quran. Kemudian beliau mempopularkan hadith-hadith yang direka itu di kalangan orang ramai sehingga disambut dengan baik. Pengarang Tafsir Baidhawi tersilap memasukkan hadith-hadith itu pada tiap-tiap akhir surah sambil menyatakan pahala surah itu.
            Apabila ulama’ muhaddithin menyuarakan ketiadaan sahihnya hadith-hadith itu dan ulama’ meminta syarat yang sahih di sisi Nuh, maka beliau mengakui bahawa niatnya adalah elok dan keadaan sekitar yang memaksanya mengada-adakan hadith-hadith itu. Selanjutnya beliau menceritakan bahawa beliau mendapati orang ramai membiarkan membaca Al-Quran dan mula menyibuk bermutala’ah kitab-kitab tafsir, sejarah maghazi Abi Ishaq dan feqah Abu Hanifah, maka beliau mengambil keputusan untuk mengada-adakan hadith-hadith berbentuk menarik minat dan menakutkan supaya orang ramai mengambil berat membaca Al-Quran dan beramal kerana mengharapkan pahala-pahala itu dan merasa ketakutan seksaan-seksaan itu.
            Alasan yang diberi oleh Abu Ismah Nuh bin Abi Maryam dan kenyataan tentang niat baiknya itu lebih teruk dan dahsyat daripada dosa kerana didapati banyak hadith sahih mengenai kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran. Itupun sudah memadai bagi kami untuk menarik minat orang ramai.

PERSELISIHAN PENDAPAT ULAMA’ DALAM MENENTUKAN HADITH MAUDHU’

1)   حديث: من عير اخاه بذنب، لم يمت حتى يعمله
“Sesiapa yang mencela (memburuk-burukkan) saudara dengan sebab sesuatu dosa yang dilakukannya nescaya ia tidak meninggal dunia sehinggalah dia akan melakukan dosa itu.”
Ulasan:
Hadith ini dimaudhu’kan oleh setengah ulama’ sedangkan Imam Tirmizi menyatakan hadith ini sebagai hadith hasan.(الفوائد المجموعة)
2)   حديث: الموت كفارة لكل مسلم
“Kematian itu penghapus dosa bagi setiap orang muslim.”
Ulasan:
Ibnu Jauzi dan Saghani mengadakan hadith ini dalam senarai hadith maudhu’ sedangkan Ibnu Al-Arabi menegaskan hadith ini sebagai hadith sahih. Hafiz Al-Iraki pula berkata bahawa hadith ini datang dengan beberapa jalan periwayatan sehingga sampai darjat hasan.


Hafiz Ibnu Hajar berkata bahawa:
Hadith ini tidak memberi pengertian bahawa kematian itu adalah penghapus segala dosa-dosa muslim, bahkan ia membawa maksud penghapusan dosa-dosa hanya sekadar dikehendaki Allah Ta’ala sahaja. Maka hadith ini tidak bercanggah dengan nas.(الفوائد المجموعة: ص 268)
3)   حديث: القبر روضة من رياض الجنة أو حفرة من حفر النار
“Kubur itu merupakan sebuah taman di antara taman-taman syurga atau suatu lubang di antara lubang-lubang neraka.”
Ulasan:
Tidak tepat menyebutkan hadith ini dalam hadith maudhu’ kerana hadith ini diriwayatkan oleh imam Tirmizi dan Tabrani sebagai hadis dhaif. (الفوائد المجموعة: ص 269)
4)   حديث: اللهم أحيني مسكينا وأمتني مسكينا واحشرني في زمرة المساكين
“Ya Allah hidupkan daku sebagai orang miskin dan matikanlah daku sebagai orang miskin serta himpunlah daku di dalam golongan orang miskin.”
Ulasan:
Hadith yang mengandungi doa ini ditentukan maudhu’ oleh Ibnu Jauzi dan Ibnu Taimiyah kerana hadith ini bertentangan dengan hadith yang meminta perlindungan daripada kemiskinan di sisi Allah s.w.t. Hadith yang dikandung doa di atas itu diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Sa’id Al-Khudri dan Tabrani meriwayatkan daripada A’ta dengan sanad dhaif.  
Lafaz hadith ialah:
5)   حديث: اللهم توفني اليك فقيرا ولا توفني غنيا واحشرني في زمرة المساكين يوم القيامة
“Ya Allah wafatkan daku berjumpa dengan dikau sebagai orang yang fakir dan janganlah wafatkan daku sebagai orang yang kaya serta hidupkanlah daku dalam golongan orang-orang miskin di hari akhirat.”
            Hakim mengeluarkan dalam mustadraknya dengan tambahan sedikit lafaz hadith dan ia berkata sanad hadith ini sahih. Tabrani juga meriwayatkannya daripada Ubadah bin Samit dengan sanad di mana perawi-perawinya thiqah (yang dipercayai) dengan adanya beberapa jalan periwayatan bagi hadith tersebut, sewenang-wenangnya menghukum maudhu’ terhadap hadith itu dianggap melampau. Maka ditolak bulat-bulat dakwaan maudhu’ oleh Ibnu Jauzi dan IbnuTaimiyah  mengenai hadith tersebut.
            Dijawab oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya ‘tuhfah’ berkenaan dengan maksud kemiskinan dalam hadith tersebut sambil menyatakan darjat hadith. Beliau berkata bahawa sesungguhnya hadith itu dhaif dan bertentangan dengan hadith yang meminta perlindungan daripada kemiskinan, kemudian beliau menta’wilkan makna meminta kemiskinan itu kepada makna meminta ketenangan hati. Syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari pula berkata bahawa maksud sebenar bagi meminta kemiskinan dalam hadith tersebut ialah meminta merendah diri supaya tidak tergolong ke dalam golongan orang-orang kaya yang mempunyai sikap bongkak diri.
(كشف الخفاء ومزيل الإلباس عما اشتهر من الأحاديث على ألسنة الناس: ج 1، ص 207)
            Berdasarkan perselisihan pendapat mengenai sesetengah hadith maudhu’ seperti yang disebut sebelum ini, maka janganlah tergesa-gesa memaudhu’kan hadith. Bahkan perlu meneliti secara halusi supaya dapat memastikan dengan tepat yang mana maudhu’ dan tidak maudhu’.

JANGANLAH MUDAH MENGHUKUM  (كذب موضوع) لا أصل له
            Imam Jalaluddin Sayuti berkata  كذب موضوع بالاتفاق(hadith ini merupakan satu pembohongan lagi yang direka-reka dan perkara ini disepakati ulama’) di dalam kitabnya الدرر المنتثرة في الأحاديث المشتهرة terhadap hadith:
” لما خلق الله العقل قال له: أقبل فأقبل، ثم قال له: أدبر فأدبر، فقال ما خلقت خلقا أشرف منك فبك آخذ وبك أعطى”
Maksudnya: tatkala Allah s.w.t menciptakan akal, Allah s.w.t berfirman (perintah) kepadanya ‘maju ke hadapan atau hadaplah engkau’maka ia (akal) terus maju, kemudian Allah s.w.t berfirman lagi ‘pusing belakang atau undurlah engkau’ maka ia (akal) pun terus undur. Kemudian Allah s.w.t berfirman ‘aku tidak menciptakan suatu ciptaan yang lebih mulia daripadamu. Maka melaluimulah aku akan mengambil (tindakan) dan memberi (pemberian).
            Imam Zarkasyi juga menuruti pendapat Imam Ibnu Taimiyah di mana beliau berkata ‘لا أصل له’ (tidak menerima punca datangnya hadith itu) terhadap hadith tersebut.
            Imam Muhaqqiq (pengkaji halus)  Abdul Haiyi Lakhnawi Al-Hindi berkata dalam kitabnya (الأجوبة الفاضلة) وقد وجدت له اصلا صالحا أخرجه عبد الله بن أحمد في زوائد الزهد  maksudnya: aku dah pun menemui punca yang begitu elok datangnya hadith tersebut yang dikeluarkannya oleh Abdullah bin Ahmad (bin Hambal) di dalam kitabnya Zawaid Al-Zuhd.Hafiz ibnu hajar Al-Haitami juga menemui asal yang diriwayatkan oleh tabrani dan Al-haitami menyatakan bahawa;-
رواه الطبراني في الكبير والأوسط، وفيه عمر بن أبي صالح، قال الذهبي: لا يعرف (مجمع الزوائد 8: 28)

PERINGATAN!
            Semestinya diketahui apabila didapati di dalam sesetengah kitab ulama’ mutaqaddimin (yang dahulu) yang ada menyatakan: “لم يصح في هذا الباب حديث” yang bererti: “tidak sah satu hadith pun di dalam bab ini (masalah ini)”, apa yang dimaksudkan ialah adanya Hadith Hasan dan Dhaif di dalamnya bukan mereka maksudkan setiap hadith di dalam bab tersebut adalah maudhu’ atau dusta.


(وظيفة الحديث الضعيف، ص 39)
PERHATIAN!
Di kalangan muhaddithin terdapat sekumpulan yang terlalu keras menentukan maudhu’ terhadap hadith hasan dan dhaif.
1)      (ابن الجوزي):- Beliau menuduh Imam Tirmizi memuatkan tujuh belas buah hadith maudhu’ didalam kitabnya sunan tirmizi. Ibnu Hajar mempertahankan hadith-hadith itu sebagai. Hadith hasan dan dhaif.
2)      (ابن تيمية):- Beliau menjadikan sesetengah hadith hasan  dan kebanyakan hadith dhaif sebagai hadith  maudhu’. Beliau menuruti Ibnu Jauzi.
3)      (صغاني):- Beliau juga terkenal sebagai yang terlalu keras menentukan maudhu’ terhadap hadith-hadith Hasan dan dhaif.
4)      (السيوطي):- Beliau dikenali sebagai yang mempermudah-mudahkan pada kajian hadith.
5)      (جوزقاني):- Beliau menghukum maudhu’ terhadap hadith-hadith yang begitu banyak dengan hanya menyalahi sedikit dengan sunnah. Hafiz Ibnu Hajar berkata itu adalah satu kesalahan yang di lakukan oleh beliau.
6)      (ابن حبان):- Beliau dianggap yang melampau mengenai mengkritik rawi-rawi hadith sehingga beliau sanggup mencacatkan rawi-rawi yang di percayai, seolah-olah beliau tidak sedar apa yang keluar dari fikirannya.
(الأجوبة الفاضلة، ص 170 – 179)            
KESIMPULAN:        
1)Jangan terlalu ghairah  menghukum maudhu’ terhadap mana-mana hadith.
2)Perlu mengambil kira perselisihan pendapat muhaddithin mengenai menentukan                       maudhu.’
.           3)Berhati-hatilah dengan muhaddithin yang mempunyai sikap terlalu keras menentukan
            maudhu’ terhadap hadith hasan dan dhaif.

APABILA YAHUDI REDA DENGAN “ISLAM”

Al-Quran dengan tegas menyatakan dalam ayat 120 surah Al-Baqarah :

“ Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda dengan Mu (Muhammad)
sehingga engkau mengikuti agama mereka “.  Manakala dalam ayat 82 surah Al-Maaidah pula Allah menjelaskan :        
“ Kamu pasti akan dapati orang yang paling kuat permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik “.
Penegasan Al-Quran dalam kedua-dua ayat di atas tidak akan berubah hingga hari
kiamat.
nervous pulak nak PC jumaat ni....ala-ala apprantice plk tu...ak.handle bhgn mknn...nak ikan talapia satu.heh2

Apa nak jadi kita sekarang ni?...

Jan 9, 2011

Apa korang buat time praktikal ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..(^^,) hurm ari ni dah masuk minggu kedua ak prktikal ni..
banyak mende yang ak buat tapi cam same jer buat hari2..hehe..pantau web, bagi komen, bt laporan harian, makan, balik rmh..erm..e2 jelah..kadang2 2 ada la keje lbh sikit..korang share la ckt mende yng korng bt time2 gni..boringggnyerrrr.....arghhhhhhh...